anda geek? anda programmer? anda suka java?

Diposkan oleh Pengetahuan dan Pengalaman on Sunday, May 15, 2011

kali ini aku nak bercerita mengenai java pula.. apa itu java? java adalah bahasa pengaturcaraan komputer yang digunakan meluas dalam dunia.. tak kiralah aplikasi phone atau komputer, kebanyakan aplikasi yang ada diprogram-kan menggunakan java.. tapi sebelum itu, aku nak tegaskan bahawa java dan javascript bukanlah benda yang sama.. sekiranya anda mahir javascript, belum tentu anda mampu menguasai java.. aku menulis secara santai untuk bacaan semua termasuklah individu bukan 'mat komputer'..




sepanjang hidup aku, aku telah mengenali beberapa jenis language komputer untuk menulis program diantaranya ialah C, perl, python, dan lain-lain.. aku lebih selesa menggunakan language seperti C untuk menghasilkan executable file dan PHP untuk menghasilkan dynamic website.. tapi, bagi kawan aku lain pula.. dia lebih menyukai C# dan ASP.. pendapat orang IT ni pun tak sama sebenarnya..


aku tak suka menggunakan scripting language seperti ASP dan C# (atau apa-apa berkaitan dengan .NET framework) kerana ianya dibangunkan oleh microsoft.. kenapa? kerana kita perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkannya.. wtf? benda free ada, kenapa nak pakai yang kena keluar duit? itulah puncanya kenapa sesetengah programmer ni hidup berpuak-puak..


tapi kini, java telah membangun dengan pesat mendahului language komputer yang ada dimuka bumi ini.. software handphone kebanyakannya menggunakan java.. nak bangunkan dynamic website pun boleh pakai java-server-page.. sistem tu pakai java, sistem ni pakai java.. pendek kata, hidup anda dikelilingi java lah! hahaha.. masa depan nanti mungkin semua programmer akan hidup bersatu padu menggunakan java.. jadi aku terpaksa belajar java untuk mengikuti peredaran zaman..




jujur aku katakan, sebenarnya aku benci gilababi dengan java.. sebab java ni sesuka hati buat term diorang sendiri (konsep teori ja.. yang lain-lain lebih kurang sama).. jadi proses untuk aku belajar java agak kucar kacir apabila term java ni tak boleh diterima oleh akal aku yang berasaskan teori language lain.. jadi bila kebosanan membuat program menggunakan java, mulalah nak buat kerja bodoh..


aku berjalan-jalan di youtube, dan membuat carian menggunakan keyword "awek java".. oh kelihatan banyak video berkaitan awek indonesia dan takda video yang menarik pun.. kemudian aku buat carian lagi menggunakan keyword "lady java" pulak.. ahahahahha.. akhirnya terjumpa juga video yang boleh mengurangkan stress dan mampu menambah minat aku terhadap java.. auwww





p/s : bagaimana dengan anda? language apa yang best? java juga? sila jangan bagi jawapan bodoh seperti "saya suka japanese language".. kah kah kah.. terajang satgi baru tau! kah kah kah