apa kaitan shawl warna warni dengan sotong

Diposkan oleh Pengetahuan dan Pengalaman on Wednesday, May 11, 2011

zaman skarang ni ramai gila pakai shawl.. kalau pegi jalan-jalan kat shopping centre ka, kat tempat rekreasi ka, mesti anda boleh nampak gadis-gadis mengenakan shawl warna-warni yang menceriakan pandangan.. hahaha.. aku sokong fenomena ini.. sekurang-kurangnya makin ramai perempuan tergerak hati untuk pakai hijab daripada tak pakai langsung.. entry ini aku tulis hanya sekadar pendapat peribadi aku dan tidak ada unsur sarkastik ataupun berkaitan dengan agama ok.. bacaaan ringan ja..


olololo comeynya dia.. hehe.. sumber : sayapunyashawl


jujur aku ingin katakan bahawa ada diantara rakan perempuan aku yang dahulunya tidak bertudung tapi kini lebih selesa menutup kepalanya dengan shawl kelihatan lebih cantik dan menceriakan.. tapi ada juga yang pakai shawl dengan tidak 'proper' seperti tak labuhkan shawl sehingga menutup tetek, berbaju lengan pendek, dan memakai legging.. aku doakan semoga lepas ni anda semakin berubah kearah kebaikan dari hari sebelum..

tapi itu bukanlah point asal aku menulis entry ini.. saja nak selitkan nasihat.. hehehe.. sebenarnya pendapat peribadi aku bila melihat gadis-gadis shawl warna-warni ini adalah sangat unik sekali.. mungkin anda semua tak dapat merasakan perkara yang sama seperti aku.. mungkin aku sorang ja yang aneh.. bila aku melihat gadis dan shawl warna-warni, aku terbayang seperti gadis itu sedang memakai 'sotong' di kepala.. aneh kan?

video : proof of concept 1

selain itu, kalau aku tak terbayang gadis itu sedang memakai 'sotong' di kepala, kadang-kadang aku terbayang diri aku untuk menjadi sotong.. sebab kalau aku jadi sotong, bolehlah aku 'skodeng' anak dara mandi tanpa diketahui oleh mereka.. kah kah kah.. tak paham? anda ni pelik lah! ;(


video : proof of concept 2

p/s : pakai shawl tak tutup tetek lebih bagus dari tak pakai tudung langsung.. tapi kalau pakai dengan proper (semua aurat tertutup) adalah TERpaling bagus.. tak boleh nak berubah laju-laju, cuba pelan-pelan kayuh.. pedulikan apa orang nak kata asalkan benda yang kita buat tu kearah kebaikan..