couple yang sweet dalam sudut pandangan mata aku

Diposkan oleh Pengetahuan dan Pengalaman on Wednesday, May 11, 2011

heheheh.. dah lama tak bercerita tentang percintaan.. kali ni tubelawak nak cerita kat anda semua kisah sweet yang berlaku kepada rakan tubelawak sendiri.. sebelum tu tubelawak nak mintak maaf sebab agak slow menulis entry di blog tubelawak kerana tubelawak tengah sebok menyiapkan salah satu sistem baru untuk busuk.org.. otak pun dah jadi agak slow bila terlalu banyak brainstorming dan kurang bersosial di luar rumah.. hehehe.. semoga anda semua terhibur dengan cerita tubelawak kali ini..




kisah ini berlaku kepada rakan tubelawak bernama shaheizy matsom (bukan nama sebenar) dan aweknya bernama fasha sandhi (juga bukan nama sebenar).. diorang ni dah kawan lama dah.. fasha paham bagaimana perangai rakan-rakan shaheizy.. itulah yang tubelawak puji dengan sikap fasha.. dia tak kisah shaheizy mahu berkawan dengan sesiapa pun even dengan mat rempit, kaki ragut, mat dadah dan kaki perempuan.. katanya asalkan shaheizy pandai jaga diri sudahlah..

shaheizy ni pulak adalah seorang lelaki macho berkaca mata tapi sayangnya kepala dia sedikit 'dongga'.. kalau sesiapa tak tahu maksud 'kepala dongga' ni, ianya bermaksud dahi yang agak luas ataupun hampir sama dengan kepala snoopy.. hahaha.. shaheizy selalu sikat rambut tutup dahi sebab nak kaver kepala dongga dia tu (rambut helmet).. kami sebagai kawan-kawan mestila bagi gelaran yang sesuai untuk memudahkan komunikasi.. kadang-kadang kami memanggil shaheizy sebagai 'tembikai' kerana keistimewaan kepala dongga dia tu..

tubelawak : fasha! macam mana hang buleh jatuh cinta kat tembikai dongga ni?
fasha : wei.. apa kutuk boipren aku tembikai.. tak baik tau..
shaheizy : (senyum gaya macho)
tubelawak : alaaa.. hang ni tembikai, kalau fasha tinggalkan hang, mesti takdak awek lain yang nak kat hang kan?
jehan miskin : takpa, aku sanggup terima tembikai jadi gay partner aku!!
shaheizy : takmau ah aku dengan hang ni.. aku sanggup single sampai mati dari jadi gay dengan hang..
jehan miskin : olololo mucuk mucuk tembikai comel (sambil usap dahi shaheizy)
fasha : oi! nama dia shaheizy lah.. bukan tembikai!!
tubelawak : cuba check kad pengenalan dia.. betullah nama dia "tembikai bin abdullah"



satu hari tu, masa lepak kat kedai makan, berulang kali kami memanggil shaheizy sebagai tembikai di depan fasha.. memang tensen lah fasha tengok kami kutuk kekasih hati dia.. hahaha.. yang si shaheizy ni cool ja tak kesah pun kena kutuk sebab dia pun sama kaki kutuk.. sehinggalah sampai satu tahap, fasha tak tahan sebab kami asyik panggil kekasihnya 'tembikai' (terlalu geram agaknya) dia terus berkeras dan berkata :

"JANGAN KACAU TEMBIKAI KESAYANGAN SAYA!!"

sweet kan? hahaha..sehingga kini ayat tu kami gunakan untuk bergurau senda dengan shaheizy dan fasha.. sehingga terlintas untuk tubelawak menulis didalam blog.. juga mendapat kebenaran dari encik tembikai.. kah kah kah

video : shaheizy dimanipulasi untuk membuat prank
video : shaheizy disukai ramai. termasuk haiwan